Kenapa tiba-tiba malas ni. Bukan’nya lama sangat pun nak rempit ke Jusco dari kolej. Dah tiga hari berlalu tapi masih tak terbeli. Wang sudah cukup. Minat sudah ada. Jalan ke Jusco sudah tersusun. Apa lagi yang ditunggu ? Mungkin Khamis, Jumaat ini akan beli.
Model mana nak beli ya?
iklan malaysia ber'VARIASI
Diterbitkan dalam Aku | 3 Komentar »



Ku buka-buka tak dapat, rupa-rupa’nya berkunci. Almari penuh dengan figura mainan dikunci dan hanya boleh ditatap, tidak boleh disentuh. DSLR dicapai lantas mengambil posisi untuk capture. Haram! Tiada sudut mahu pun posisi yang boleh diterjah dengan baik. Hanya figura di barisan hadapan saja dapat di’capture.
Cek wallet, mengira not-not biru, hijau dan merah. Cukup! dan Tahi! untuk aku kerana tidak membeli satu figura Gundam pada Ahad lepas. Sudah tengok sepupu punya baru gatal nak beli. Mungkin pada Ahad lepas masih dalam bulan Ramadhan jadi amalan berjimat cermat terletak di tempat yang tinggi di jiwa.
Sebenarnya memang aku cukup minat dengan figura anime-anime ini, tapi tak tahu tempat nak beli, kalau ada pun jauh dari rumah. Ahad lepas sudah dapat tahu ada jual di Jusco, Maluri, jadi boleh’lah tiap-tiap bulan ziarah tempat toy.
Gundam Double O (OO) punya desain tak lawa!
Diterbitkan dalam Aku | 7 Komentar »

Aku @ Fahmishah.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri atau Aidilfitri kepada semua warga Malaysia yang beragama Islam, khususnya rakan taulan dan para pembaca blog ini. Aku memohon maaf kalau-kalau ada salah dan silap yang pernah aku lakukan secara sedar ataupun dalam keadaan tak sedar.
Semoga amalan yang dilakukan dalam Ramadhan diterima dan dengan itu menjadikan diri kita lebih bertaqwa.Semoga sambutan di Syawal menjadikan kita lebih bersyukur dan semoga terus ber’istiqamah seperti yang dilakukan di bulan Ramadhan.
Mari berdoa supaya umur kita dipanjangkan lagi oleh Allah supaya dapat berada di bulan Ramadhan untuk tahun 1930H. Insya Allah.
Mohammad Fahmi @ Fahmishah.com
Diterbitkan dalam Aku | 7 Komentar »

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 250mm
Exposure : 1/13 sec at f/8
Editor : Adobe Photoshop CS3
Satu alat penunjuk masa diambil, lalu dipusing-pusing agar jarum kuning mendarat pada titik masa yang di’inginkan. Satu lagi alat penunjuk masa diambil, melakukan perkara yang sama tetapi alat kedua ini hanya sebagai backup kalau-kalau alat yang pertama tadi terlupa untuk berbunyi.
Dua-dua alat itu diletakkan di dua tempat. Satu di hujung kaki dan satu di sebelah telinga. Jam di dinding menunjukkan pukul 1.40 pagi waktu tempatan (GMT+8). Harapan’nya dapat bangkit untuk memerah tenaga demi Ramadhan yang semakin ke penghujung.
Tiiit Tiittitt Tiiit Tiittitt!!!. Alat yang berada di kaki tadi cemerlang melakukan tugas. Lalu diambil alat itu dan mematikan tugas berbunyi yang dilakukan oleh alat itu. Mata kembali dilelapkan.
Shaa Laa Laaa Laaa Laaaaaa!!! Alat kedua sebagai backup terus memberikan bantuan sokongan tetapi menerima nasib yang sama. Dimatikan.
“Fahmmiiiii!!! Dah pukul 5.30!,” Satu suara kedengar, lantas bangkit dari tempat tidur melihat jam di dinding. OMG! Terlepas lagi satu malam. Menyesal betul aku tak berdisiplin tadi. Begitu enaknya nikmat tidur sampai lupa misi utama.
Lantas niat di pasang lagi untuk malam berikutnya. Kekuatan aku pohonkan untuk Ramadhan kali ini.
Diterbitkan dalam Aku | 1 Komentar »

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 250mm
Exposure : 1/50 sec at f/5.6
Editor : Adobe Photoshop CS3
Memang adat di setiap masjid di seluruh Malaysia aku rasa. Setiap kali 10 malam pertama memang begitu meriah di masjid. Masuk malam ke 11 hingga malam ke 20, sudah nampak tanda-tanda yang masjid akan lengang. Memang adat aku rasa, dari dulu sampai sekarang aku lihat perkara ini berlaku setiap kali Ramadhan menjelang.
Kalau kita lihat perlawanan bola, separuh masa pertama mungkin boleh lagi pemain untuk mengintai kelemahan lawan tetapi apabila masuk separuh masa kedua, bukan lagi masa untuk pemain itu untuk mencari lemahan lawan tetapi terus berusaha untuk ke gawang gol untuk dapatkan gol. Saat separuh masa kedua menjadi genting dan menjadi sengit.
Itu perlawanan bola. Berhempas-pulas mencari gol, tapi kita di Ramadhan? Tak mahu bersusah-payah mencari keredhaan, kerahmatan, keberkatan, keampunan dari Allah? Aku bukan tok sheikh atau ustaz lepasan Al-Azhar, tapi aku punya mata dan akal untuk berfikir dan meluahkan apa yang aku nampak. Aku dapat rasakan, Melayu Islam khususnya, lebih kepada persedian untuk meraikan Eidul Fitri.
Tanya diri sebelum sambut Eidul Fitri. Adakah kau berpuas hati dengan puasa dan amalan yang kau lakukan di Ramadhan? Apa yang kau dapat sepanjang kau berpuasa? Rugilah mereka yang tak dapat merasa apa-apa melainkan rasa lapar dan dahaga. Bukan aku cakap tapi Rasulullah S.A.W sendiri pesan.
Bulan Ramadhan bulan untuk tingkatkan tahap iman kita kepada yang lebih tinggi iaitu taqwa. Boleh rujuk Surah Al Baqarah, ayat 183.
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa.”
dan Rasulullah melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”
Boleh tak aku klasifikasikan mereka yang lebih kepada sambutan berhari-raya sebagai melarikan diri daripada ayat-ayat Allah dan ucapan Rasulullah S.A.W? Fikir-fikirkan.
Jadi, sebagai saudara Se-Islam dengan kamu? Aku mengajak agar kita kuatkan diri untuk menempuh Ramadhan yang hampir ke penghujungnya. Jadikan 10 hari terakhir ini hari Ramadhan yang terbaik dan membaiki dan menyempurnakan amalan-amalan 20 hari yang telah berlalu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sudah Di Mana Perjuangan Puasa Kita?
Diterbitkan dalam Al Kisah, Islamik | 3 Komentar »
Bulan untuk perah tenaga untuk mendapat 3 barang sekali pakej (kerahmatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka).
Bulan aku selalu tidur selepas balik kolej.
Bulan yang terkejar-kejar dengan assingment yang 1001 macam.
Bulan untuk perah otak dengan coding VB.NET.
Bulan nak refresh Past Tense, Present Tens, Future Tense, Passive and Active Sentences, Main Idea, Topic of Sentences dan 1001 ilmu dari Bahasa Inggeris.
Bulan mahu beralih kerajaan mungkin*
Diterbitkan dalam Aku | 3 Komentar »
Semalam, Tazkirah Ramadhan untuk hari ke-5 memang membuka minda aku untuk berfikir sejenak berkaitan dengan beriman dengan sebahagian hukum dan mengabaikan sebahagian hukum yang lain. Dalam hal ini, aku fokuskan hal ini dalam aspek undang-undang negara.
Bagaimana Malaysia, iaitu negara Islam yang konon’nya disegani oleh negara-negara Islam yang lain boleh diangkat sebagai negara Islam sedangkan undang-undang dan hukum yang termaktub bukanlah sepenuhnya seperti yang telah ditetapkan dalam Al-Quranul Karim. Amalan beriman dengan sebahagian hukum dan mengabaikan sebehagian yang lain ini merupakan amalan kaum Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang menerima sebahagian dan menolak sebahagian hukum Allah di dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil. Walhal sikap sedemikian itu telah ditempelak dan diberi amaran oleh Allah S.W.T dalam kitab Al-Quran pada surah Al-Baqarah, ayat ke-85, Allah berfirman yang membawa maksud ;
”Adakah patut kamu beriman dengan sebahagian daripada Kitab dan menolak sebahagian yang lain, maka tidak ada balasan bagi sesiapa yang melakukan demikian itu di antara kamu melainkan mereka akan ditimpa malapetaka dan kehinaan di dunia, dan pada hari akhirat pula mereka akan ditolak ke alam azab yang amat pedih. Kerana itu, ingatlah Allah tidak akan sekali-kali lalai daripada apa yang telah kamu lakukan”.
Bertambah pelik, Malaysia yang mencetuskan ideologi Islam Hadhari yang kononnya dilabel sebagai langkah yang bijak untuk melahirkan umat Islam yang berjaya tetapi langsung tidak memainkan peranan untuk mengubah undang-undang negara kepada undang-undang Islamik. Prinsip kedua Islam Hadhari iaitu “Kerajaan yang adil dan beramanah” langsung tidak memainkan peranan sebagai kerajaan yang beramanah. Beramanah bukan saja menjalankan tanggungjawab kepada rakyat malah wajib bagi pemerintah untuk melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menggunakan hukum Islam secara total.
Alasan yang mungkin kita dengar ialah, negara ini merupakan negara yang rakyat’nya terdiri dari berbilang kaum dan agama. Aku rasa mereka harus selak sejarah Islam bagaimana wujudnya negara Islam pertama iaitu Madinah yang juga terdiri dari berbilang kaum dan agama. Tiada alasan untuk tegakkan hukum Allah kerana Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Setakat ini saja penulisan aku untuk kali ini, aku sudah cuba cetuskan reaksi untuk pembaca berfikir, jadi fikirlah sejenak mengenai apa yang aku kongsikan. Yang betul sila ambil yang salah sila tolak bulat-bulat.
Wallahu’alam.
Diterbitkan dalam Islamik | 3 Komentar »

“You have to do what you believe is right, even if everyone else tells you it is wrong. I said that as a company we would be unique, and everyone said you can’t be unique in property development. If you try, you will fail. Well, we are unique and we are successful,” says Dr. Sulaiman Al-Fahim
“You have to do what you believe is right, even if everyone else tells you it is wrong. I said that as a company we would be unique, and everyone said you can’t be unique in property development. If you try, you will fail. Well, we are unique and we are successful,” says Al Fahim.
He says that apart from hard work, it is vital to know your industry inside out, and not just parts of it. “A lot of people say they want to be property developers but they actually don’t know that much about property. They might know a little design, maybe they are good at financials, or maybe they understand the engineering aspects. But I think it is important that you know everything, and that you are very good at it.”
Tak cukup dengan Robinho saja, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Javier Mascherano, Kaká, Francesc Fabregas dan Fernando Torres pun dia mahu letak dalam Manchester City. Aku respek sama ini hartawan.
Ketahui lebih lanjut tentang Dr. Sulaiman Al-Fahim
Diterbitkan dalam Wow | Tiada Komen »







